Hey. thanx 4 visiting my blog follow me keyh.. maaf kalau blog saye x secntik anda,kepade sesiape yang ingt sayer ini bajet ustazah,terima kasihlar ea,untuk pengetahuan anda sume ,saye cube untuk menjadi seorg hamba Allah yg solehah dan beriman,setiap org yg nak berubah mesti perlahan2 kan , so ingt2lah keyh ,jangan nk mengata org je , dose taw ^_^impian ku hanyalah ingin menjadi seorang wanita yg berjaya dan solehah :)

key to success :D



Kunci Kejayaan Di Bongkar
Sekiranya anda ingin berjaya, dalam apa jua bidang yang anda tempuhi, tak kira lah, anda nak jadi seorang pelajar yang berjaya dalam SPM, dalam fakulti; nak jadi seorang jutawan; nak jadi seorang usahawan tani yang berjaya; seorang IM Malaysia yang berjaya, apa saja kejayaan yang anda impikan, kuncinya adalah :KEPERCAYAAN KEPADA DIRI ANDA.


Untuk berjaya, anda perlu percaya bahawa anda mampu memperolehinya.


Disini wujud hubung kait antara, keperluan anda mempercayai diri anda, dalam usaha menghasilkan dan melepaskan getaran minda yang baik, dan akhirnya, membawa kesan yang baik kepada diri anda :)


Malangnya, ramai orang tidak percaya bahawa mereka boleh mencapai kejayaan. Mereka boleh menjadikan semua impian mereka satu realiti. Ramai orang selalu berharap mereka boleh! Tapi malangnya, mereka tak percaya mereka boleh. Pada akhirnya, pemikiran negatif ini akan membataskan pergerakan mereka.


Mengapa Ramai Orang Tidak Yakin?
Secara mudah dan ringkas, ramai orang di momokkan dengan kenyataan bahawa kehidupan itu sukar, kejayaan itu susah, anda bersaing dengan orang2 yang telah berjaya dan itu amat susah!


Itulah kepercayaan yang terbentuk sejak berdekad-dekad, dan inilah yang memacu pergerakan anda. Dengan kepercayaan yang kian menebal, anda sebenarnya, melepaskan pemikiran bahawa kejayaan itu susah. Dan, memang la akan jadi susah :D


Hakikatnya, kehidupan itu mudah, manusia yang menyukarkannya. Kejayaan itu milik semua, tapi manusia yang melabelkannya bahawa ia milik sesetengah individu semata-mata. Dan sebenarnya, saingan untuk kejayaan bukanlah orang-orang di luar sana, tetapi diri sendiri, minda sendiri. Inilah hakikatnya. Setuju?


Kisah Siti dan CGPA
Siti merupakan seorang penuntut di sebuah IPTA tempatanSiti juga seperti orang lain, cukup sifatnya. Siti di kelilingi kawan2 yang setiap semester dapat anugerah Dekan. Maka kalau diikutkan, Siti boleh berusaha untuk dapat 4.0 setiap semester. Tetapi, apa yang terjadi, Siti hanya dapat pointer 3.0 saja setiap semester.


Siti sebenarnya, telah terperangkap dalam kepercayaan diri yang beliau rangka sendiri. Bentuk kepercayaan yang tertanam dalam diri Siti termasuklah : Siti tak bagus, kawan-kawan Siti lagi bagus, mereka dapat anugerah Dekan; belajar itu susah bila dikelilingi kawan-kawan sehebat ini, susah nak catch-up; dan Siti akan dapat 3.0 sekali lagi.


Apabila Siti mengukir kepercayaan sebegini rupa dalam diri beliau - jadi tak kira macam mana dasyhat Siti belajar, Siti berusaha, Siti ulangkaji, Siti tetap akan dapat 3.0. Kalau keajaiban berlaku, mungkin 3.3. Tapi takkan dapat 4.0 . Kenapa?


Sebab Siti sendiri tak percaya ia takkan terjadi :) Setiap kepercayaan Siti akan di simpan oleh minda separa sedar beliau, dan akan dicernakan dan kepercayaan itu akan semakin menebal. :) Maka, Siti tidak akan keluar dari kelompok kepercayaan itu


Jadi Bagaimana Untuk Mencipta Kepercayaan Diri Yang Betul?
Ubah cara anda berfikir. Percayalah, anda mampu melakukannya. Anda memang boleh buat! Berusaha bersungguh-sungguh.Kemudian berdoa dan tawakallah, insyaALLAH doa anda akan dimakbulkan ALLAH SWT.




terima kasih kerane membace :)

♥created by syakirah♥edit by EYLA