Hey. thanx 4 visiting my blog follow me keyh.. maaf kalau blog saye x secntik anda,kepade sesiape yang ingt sayer ini bajet ustazah,terima kasihlar ea,untuk pengetahuan anda sume ,saye cube untuk menjadi seorg hamba Allah yg solehah dan beriman,setiap org yg nak berubah mesti perlahan2 kan , so ingt2lah keyh ,jangan nk mengata org je , dose taw ^_^impian ku hanyalah ingin menjadi seorang wanita yg berjaya dan solehah :)

haruskah kite memaafkan org yg telah membuat keslahan yg besar yg kite susah nk trime?

Seringkali dalam persahabatan, akan ada perselisihan faham, ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan. Kesannya, timbul ketidak-sefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan.

Masalah gini senang selesai bila adanya sikap pemaaf. Andai kedua-duanya panas baran, ego dan hanya mahu menang, persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan.

Tidak semua orang boleh mendidik hati mereka supaya jadi pemaaf, sebab mereka mahukan orang lain yang minta maaf dulu ngan mereka. Dah menjadi sikap manusia, mereka mahu dihargai, mahu dihormati. Bila pertelingkahan timbul, mereka payah nak jadi pemaaf.

Bagaimana dengan Anda? Adakah Anda juga susah nak memaafkan kesalahan orang lain?

Jika begitu, Anda tergolong dalam kalangan orang yang kurang bermotivasi, susah nak jadi bersemangat sebab di hati Anda penuh dengan noda hitam dari fikiran-fikiran negatif. Benci, meluat dan dendam tu adalah fikiran negatif sebenarnya.

Contohi sikap Rasulullah s.a.w. yang pemaaf, walaupun dia pernah luka di lempar batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Saya sedar kita bukan setabah Rasulullah s.a.w, namun kita boleh membina sikap pemaaf, penyabar dengan mencontohi sikap Baginda.

Latih diri Anda menjadi pemaaf, kerana ia dapat membuang fikiran-fikiran negatif yang bersarang di hati. Kesannya, Anda senang di dekati oleh sesiapa saja, even complete strangers. Sesiapa saja akan melihat Anda unik lalu tertarik untuk mengenali Anda dengan lebih lanjut lagi.

Dalam perhubungan, ia akan membuat rakan Anda menyenangi Anda dan bersemangat bila bersama Anda.

Hargailah kawan, kerana tanpa sokongan darinya, Anda keseorangan lalu membuat diri jauh dari kejayaan.
terima kasih kerane membace :)

♥created by syakirah♥edit by EYLA